kawan.sahabat.

awk2.. tenkiu sbb clik =)

awk2..tenkiu sbb clik =)

Tuesday, October 25, 2011

bila di duga. baru kau tahu makna setia.

mahu ketawa saja.
bila ada yg cuba menduga cinta.
di sajikan mahkota mutiara.
tp bukan itu yang aku minta.

dalam hati
ada setia
untuk si dia 
bergelar jejaka
pencuri hati
peneman di kala sunyi
peminjam tempat berteduh
penenang hati gulana

hari ini
macam diri terduga
tapi aku senyum
dia pesan
terus setia

*senyum dan kelip mata*


GREAT Relationship Is Like Taj Mahal,
Everybody Will Wonder How Beautiful It Is.
But Nobody Can Understand How Difficult It Was To Build =)


Monday, October 24, 2011

kita sudah dewasa

semalam ulang tahun kelahiran
si dia yang mencuri tumpuan hati
selamat hari lahir syg
semoga hari-hari yang mendatang
mebawa seribu satu kegembiraan terhadap diri mu
yang aku mahu
tambahnya usia
tidak mengurangkan sygmu terhadap ku
terima kasih untuk masa kini
aku mahu lagi
kau bantu aku untuk menjadi milikmu 
masa depan nanti =)

kau sudah dewasa , sayang.


semalam..
ada cerita untuk aku
aku dapat satu buku masakan
dari kawan mak
puan sabariah
tq makcik!
entah ini lain dari yang lain
ya..memag sebelum ini aku byk dapat hadiah buku
buku tentang agama..dan buku ciptaan imaginasi manusia
tp ini lain punya..
dapat buku masakan dengan nota
" masakan pelenggkap diri seorang wanita"

aku tersenyum..kalu sebelum ini
orang kata tudung...make up..
itu lah pelangkap wanita
tapi hari semalam. aku tersenyum.
pelengkap wanita salah satunya masakan.

erm..dan hari ini.aku dah cuba masak ayam berempah.
jadi..memang jadi. tapi smasih dalam percubaan
mak kata nanti buat lagi =)

selama ni, aku masak hanya untuk isi perut je
ala2 kadar. dan memasak bukanlah feveret aku.
hari ini. dan esok lusa..
aku perlu berubah
mungkin dah tiba masanya.
memasak secara serius..( hehehehe )

yela. list aku sebelum kawin.
byk lagi x complete.
dah tiba masanya. aku perlu berusaha memcompletekan
semua list tersebut...

aku sudah dewasa , sayang =)

jgn bercinta je tahu. persiapan diri tu penting jgk!
( kenyit mata )

hadiah besday untuk si dia??
em..hanya dia yang tahu. 
rahsia.





Monday, October 17, 2011

u mean it.

gadis : awak, jd tourist guide saya ok? teman saya jalan2.
teruna : xnak! nak jadi teman hidup awk
gadis : "pliz,  mean it" ( dalam hati )


* baru balik bercuti dari cameron highland! *
seronok =))

Tuesday, October 11, 2011

tadi exam BI n BM

 tadi exam BI n BM 
kalut cari tempat seat coz xada number kat meja
last2 dapat duk depan sekali
sgt la tidak best coz  seat depan sekali dlm dewan

tp yg best
exam tu jd 1 tempat yg tidak merunsingkan
bila dapat duduk sebelah si dia
dlm exam

keh2..exam2....


* wink2*

Saturday, October 8, 2011

sorry seem to be the hardest word...

 im so sorry..
maaf kan saya...

saya maafkan awak..
lets forgive and forget..

- maafkan org yang buat salah kepada kita sebelum tido-
inyaAllah nanti kite akan slalu cun =)

mampukah aku????

-_- 

( si gadis mengeluh dalam hati)



Bagaimana jiwa positif?

 
 --> Bagaimana
clik that link =)

this article help us to find the right way  closer to ALLAH.
 the best way is to comunicate with the CREATOR

Thursday, October 6, 2011

kebahagiaan yang mana satu

adakah duit mampu buat kita bahagia?
atau kemasyhuran di kenali satu dunia

aku melihat ramai orang menderita
tatkala manjaga harta dunia

duit mampu membeli seribu satu juta rumah penuh harta
tapi jangan mimpi ruang angkasa kau yang punya

masyur..tidakkah kau kan riak..bongkak akhirnya...

Tuhan ..tlg aku memilih jalan bahagia
aku tidak mahu hidup dengan hati derita
tolong aku Tuhan
tunjuk aku jalan bahagia di alam sana

bukalah mata kita
andai menuju bahagia di alam sana
di dunia pasti kita xkan pernah kecewa =)

dunia mmg dijadikan sebegini rupa
bukan tempat hamba Allah yang berhati kaya untuk bersuka-suka
banyak tangisan dan banyak durinya
memang dunia diciptakan sebegini rupa

Tuhan.. tolong aku
tunjukkan kebahagiaan itu yang mana satu...




Monday, October 3, 2011

frens, read this =)

Today.
 I want to confess, about feelings.... 

action that make u all misunderstanding...
ya .. minggu ni banyak kawan yang aku tegur.
.about attitude that I hate... 
mostly i  sent the message..
 privacy .. 
n bagi tahu .. i dont like diz .. i dont like that ..
. uh! ok .. my bad ..
 x cant hold all those thing ( attitude that i hate ) deeply..inside..
honestly... I criticize because I love you all ... 
 ... its up to u all to believe it or not

( kau pehal ckp bahasa penjajah? ) keh2

straight to da point :
1) aku x suka kalu aku datang bilik KAWAN. then dia buat bodo..aku ckp sorang...n dia trus je buat keje.. blh panggil KAWAN ke tu??? i wonder..... kalu tgh buzy juz bg tahu..'i bzy, we chat next time'..kan simple??

2) aku x suke KAWAN yang selalu buat muke emo. tp bile depan laki, boleh lompat2 mcm badan xada 1 pun lemak! ash...blh panggil KAWAN ke tu?? i wonder....

3) aku x suke KAWAN yang x reply msg aku. dengan sengajanya xnk reply.. msg yang betul2 aku tunggu.blh panggil KAWAN ke tu?? i wonder....

4) aku x suke..kawan yang x blh di ajak berbincang....

5) aku x suke gado lama2 dengan KAWAN. kite da besar, common la...x blh ke FORGIVE N FORGET?


ape yang aku x suke. selalunya aku bg tahu terus. tp hari tu ada sorang kawan gtaw aku yang cara aku salah. x semua orang blh terima teguran yang trus trang.... x semua orang sanggup ngaku salah...ok fine... x semua orang blh forgive n forget....


kalu u all yang terasa hati tu, bace entry ni. dah2 la k. aku mintak maaf. ( hulur 1 tangan ).. aku ngat u all blh terima teguran. rupanya jadi peperangan yang berpanjangan pulak...ash..-_-.....

mungkin aku jgk yang salah.berani2 la tegur aku. aku blh terima teguran kalu d tegur dengan cara yang elok =)


kawan seharusnya bersatu.


bila bersatu ..baru berjaya..=)




kromosome XX


ok la..nk tdo =)
p/s : true frens simply never clash =)

Friday, August 26, 2011

manisnya rumah ini..=)

alhamdulillah =)
*tersenyum bahagia*


malam ni dapat juga berbuka bersama keluarga
even x semua dapat balik hari ni

_IFTAR_

hari selasa lepas, dapat juga berbuka dgn classmate  n soulmate
berbuka bersama adalah saat yang manis
makanan yg best=))
ya...aku slalu di penang buka puasa ala kadar je
so hari tu dapat makan mcm2 ase puas
perut juga berterima kasih pada tuan badan.


posing sebelum bartolak adalah HARUS bg gadis 



awex cina pn ada sama =) makan tetap makan
*knp yg pakai tudung biru tu excited terlebih?? -_-


pakhussin tomyam- pulau pinang



















* malam ni akan ku tebus.akan ku makan selagi ku mampu...=)

Saturday, August 20, 2011

L for Lost

sometime

reunion.

INTEK
reunion yg tanpa aku.
sob2s -_-
hope u all hepi
agak terkilan
tp apatah daya
aku tercampak jauh di pulau ini..
seorang..
ya..seorang tanpa kamu dan mereka

*senyum pahit*

lalu mencari kegembiraan di Queens Bay..
QB..aku datang.....

Friday, August 19, 2011

jgn berubah boleh?

let me love you like before ...
Do not change ...
please..im begging you..
I need you. for present and future ...
now..n always..forever..
i wanna be your dream come true..
so please love..
do not change...














let me love you dear..now n always..

Wednesday, August 17, 2011

kembang perawan.

Ketika surya menampakkan cahayanya
Ku gapai hari terangku
Menanti sebuah cerita
Yang pasti akan terjadi di diriku

Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa
Namun hatiku mulai merasa
Bila dekat lelaki aku pun malu…

Akulah kembang perawan
Ingin mulai merasa
Perasaan yang pasti
Milik semua insan

Aku mulai jatuh cinta
Papa biarlah aku
Menikmati semua anugerah
Di hidupku…

Sunday, August 7, 2011

KF putus tunang. aku plak putus harapan.

ini bukan cerita pasal khairul fahmi yg dah putus tunang...
ya..cerita panas sebegitu x termasuk dlm entry suam2 kuku aku ni....

tapi byk yg terjadi buat aku terfikir..
adakah bila selalu sgt bergaduh..bertengkar...
putus jalan penyelesaian??

*complicated*

td aku baca komen bdk2 pasal KF putus tunang ni..
ada satu komen makcik tu yang buat aku say..." wat the hell???"
makcik tu ckp..
'lelaki kelantan rasanya sesuai bercinta/kawin dgn grl kelantan je..
mungkin lbh serasi..mungkin lebih memahami.." 
(lbh kurang gitu ler ayat nyer)

bagi aku..
hati yg Tuhan bg tu sama je..
xkira lah lahir dari mana pn..
Kuala lumpur ke...kampung new zealand ke ..nibung tebal ke..
yang penting..mcm mana kita jaga hati tu..
mcm mana kita suburkan hati tu...
x semestinya laki kelantan kene kawin dgn perempuan kelantan je....( X5)

*entry untuk sejukkan hati sendiri..keh2 =))





Tuesday, July 19, 2011

literasi bahasa melayu

sem ini kami belajar subjek bm
kami dikehendaki membuat beberapa ABM (alat bantu mengajar)
untuk pameran/kerja khusus
pensyarah telah membawa kami ke satu kedai
untuk mendapatkan ilham serta membeli peralatan
berikut adalah gambar2 pada hari tersebut :




ini clasmate saya =) mereka amat suka pergi jalan2.
kawan saya safuan, dia baru beli DSLR
oleh itu..haruslah baginya mengambil gambar kami sebanyak yg mungkin.


katanya, dia baru belajar.
tp saya rasa hasilnya bagus jgk. keep it up =)



ini clasmate perempuan. di mana saya? uh. tidak pasti.



oh..rupanya saya sudah berada d tepi untuk shot yg seterusnya...keh2



dari kanan : cikjue, azman,azizi,amir,hakem, azrie,izati, syafiqah, ejon



harapan : harap group kami dapat hasilkan ABM yg menarik.

tamat.
-skema-

Thursday, July 14, 2011

kecewa

status : buat orang yg kita sayang kecewa dengan kita memang amat menyedihkan
mood : tertekan sgt
tindakan susulan : mintak maaf
jangka masa pendek : xkan buat lagi
jangka masa panjang : insaf
pengajaran : pikir dulu sebelum bertindak.


nite : saye x tido lagi.

Sunday, July 10, 2011

perhimpunan BERSIH


ape2 pn matlamat
apa2 pun alasan
aku x sokong + rasa x puas hati kat perhimpunan ni

sebabnya :

no 1 : menyusahkan adik aku yg nak balik dari KL

no 2 : membimbangkan mak ayah aku kerana adik aku nak balik dari KL

no 3 : buat aku tkt nak balik kampung coz bus aku masuk laluan KL

no 4 : membimbangkan mak ayah aku coz aku nk balik kampung n lalu KL

no 5 : aku slalu kutuk negara luar yg buat kecoh kat jalanan. hari semalam rasa kecewa coz berlaku kat negara aku

no 6 : menjatuhkan imej negara kat org luar

no 7 : semua tv nak siarkan berita pasal perhimpuan ni. dari tv 1 hingga tv 9 termasuk awani. 24 jam.

 no 8 : aku x suka perhimpunan jalanan. buatla sesi dialog ke. nampak la intelek sikit,keh2

no 9 : aku tkt berlakunya pergolakan kaum. or perbalahan.

no 10 : ada kanak2 yg ditangkap masa perhimpunan. nampak sgt mengekploitasi kanak2.
parents x bertanggungjawab. bahayakan keselamatan kanak2. 
budak2 tu mesti seronok berhimpun ramai2 mcm pergi pesta.


gambar : google

info lanjutan : pandangan



p/s : lepas ni budak SPM boleh la masukkan tarikh 9 julai 2011 dalam karangan Bm.
 1 point untuk tunjukkan u all taw isu2 semasa.

Friday, July 8, 2011

kuantan

alhamdulillah dah sampai kuantan =)

perjalanan dlm bus yg cukup advnture coz ni fes time aku balik sorang.
yes..sorang selama 8-9 jam bukanlah satu perkara yg menyeronokkan.
n bila sampai rumah rasa sgt heaven!!!  yeehaaaaaaaaaaa...

sekarang tgh tuggu kepulangan yg tercomel cik idayu.
borin jgk xada dia kat umah ni. sume org g keje.
x tahu nk gaduh dengan sape. ok sgt borin.
xpe masih ada 2 hari untuk berlibur =)

to my azman. tq coz hantar n tggu sampai i naik bus..hehe
suwiitt la u ni .
* kenyit mata ^_^

Sunday, July 3, 2011

as long as u all with me

tersenyum
dan kadang2 sedikit terluka
tp kita akn tetap bersama
mengharungi semua 
atas nama cinta

as long as u all with me
im hepi


ketawa gaduh dan gembira


1 keluarga 1 jiwa


rindu kamu, penyakat di kala duka


hai the garang..=))
kat sini xada org nk marah jue.
aku bosan tahu?


org petama bwk calon menantu..tahniah
nanti giliran aku..keh2

Friday, July 1, 2011

tahniah. aku simpati kau dapat 4.0

"kamu kene belajar rajin2
buat kerja perfect
make suru dapat pointer 4.o
make sure dapat pointer tinggi
dapatkan result cemerlang
...bla...bla...bla..."

suasana kelas jadi sunyi. semua pelajar sedang menanam semangat nak dapat result yang tinggi. kau tunduk berazam akan menjadi pelajar yang cemerlang x kira apa pn berlaku.
aku turut terdiam...terfikir..penting ke semua tu..

dah beratus kali aku dgr ayat ni dari cikgu/pensyarah
entah kenapa. hati aku x terusik langsung. aku tahu semua pelajar nk dapat keputusan yang cemerlang. jauh di sudut hati bdk yang malas giler belajar pn, mesti still menanam impian nk dapat 4.0...lantak la..angan2 mat jening pn..persetankan org lain..dalam hati. ada taman. siapa tahu -_-.

ini cerita benar. tulus dari hati aku. dah lama aku pendam. biase la. manusia biasa ini. tkt terluah nanti aku dilebel 'kau perempuan bajet'. ah..kau manusia. cepat sgt melebel org.

sejak zaman belajar erti dewasa dan cinta lagi ( zaman persekolahan ) aku mmg tak pernah target tinggi dalam pelajaran. bagi aku cukup la dapat membuat mak abah aku tersenyum. 8a1b pmr.8a2b spm. aku bersyukur. di sekolah. aku tidak pernah sekali pn dapat ape2 anugerah dalam akademik. dan x pernah dapat no 1 dalam kelas. dari darjah 1 lagi ( no 2 je pnh ). bagi aku cemerlang dalam pelajaran bukanlah 1 syarat untuk dapat kebahagiaan.
 kebahagiaan hidup itu lah segalanya bg aku.

knp kau perlu tekan kan sgt nk kene dapat 4.o flat? y? adakah menjamin kebahagiaan. bagaimana dgn masa ketawa yang kau gadaikan. bagaimana dgn tidur lena yang kau biarkan. ah...aku bukan bercakap seperti aku benci ilmu. tidak..x penah.

kau boleh dapatkan 4.o flat. kau boleh hidup dgn buku bio/math/fizik setiap masa tp penah x kau fikir tentang hati org yang penah kau luka? kau stadi tanpa fikirkan perasaan org. kau rendahkan martabat org yg x dapat keputusan bagus mcm kau. kau dapat cemerlang. dan kau kata si polan yang malas itu BODOH. 
adakah kau boleh di panggil sebagai seorang yg cemerlang? 

kau dapat keputusan cemerlang tp kau x penah menghormati sahabat kau. guru2 kau. kata2 kau..semuanya menyakitkan... boleh ke kau dipanggil sebagai seorang yang cemerlang?

kau ketawa gembira kerana dapat A A A A  dan A.. dan aku ketawa simpati. aku x pernah anggap kau cemerlang kerana kau x bahagia. 

kecemerlangan dalam akademik x menjanjikan syurga dunia kawan. kecemerlangan dalam akademik x menjanjikan kau menjadi seorang yang disanjung tinggi kawan. andai kau lupa kau juga manusia seperti mereka yang berlindung di awan yang sama. mana pergi cinta kau pada sahabat? kerana ingin cemerlang kau sanggup biarkan orang lain tenggelam. aku ketawa simpati. betapa tidak bahagianya hidup kau..

ini cerita aku. cikgu Naziehah. seorang guru biasa. mengajar aku yang baru mula mengenal menulis dan mengira. dengan sabar. cikgu itu jgk telah berusaha menjadikan aku seorang manusia yg x kenal erti kalah. katanya bila jatuh, bangun dan tersenyum. dan dia hanya cikgu biasa. tiada dgree saat itu. tapi dia telah berjaya memberi seribu 1 senyuman kegembiraan pada semua org. manusia yang biasa. yang berbakti dan bahagia.

ini cerita aku juga. abahku, Abdul Najib. dia seorang askar biasa. dengan sabar mengajar aku main catur seawal 6/7 tahun. dan aku dapat wakil sekolah ( even kalah..hahaha)..dia jg ajar aku melukis. masih ada tergantung di rumah. gambar aku dan adik. lukisan abah. cantik. tp sori abah. sampai sekarang aku masih tidak pakar melukis. -_-. tp dia seorang lelaki biasa yang berjaya membuat masa kecilku senyum  sentiasa.

kau faham apa yg aku ingin sampaikan? ( eh..komon la..n bkn soalan add math dude ). kau boleh belajar sampai kau berjaya jadi professor pn. tapi jgn lupa tanggungjawab kau terhadap org lain. hiduplah dengan gembira...ilmu mmg penting. tp jgn kau lupa, ilmu bukan hanya  bermaksud markah penuh di atas kertas periksa...

erm..kau pernah dengar  cerita? tentang ahli saintis dan seorang nelayan biasa?
x pernah? ah sian...meh sini aku cerita. 

 ada seorang saintis..pergi membuat kajian di sebuah pedalaman. yang daif. sgt daif. dengan bangga dan lagak dia menghampiri seorang nelayan tua. duit kertas rm1oo dihulur tanpa memberi salam. saintis itu meminta nelayan tersebut membawanya ke dalam hutan dengan bot merentasi sungai yang deras...nelayan itu menolak bayaran tersebut dan tetap menolong saintis itu dgn ikhlas. saintis itu menggelengkan kepala. dalam hatinya berkata "sungguh bodoh nelayan ini. duit pun boleh di tolaknya. sudah la miskin. bodoh pulak tu....hak tuiiiiiiiii....."
semasa perjalanan di dalam bot yang daif itu, mereka berborak. ahli saintis dengan bangganya menceritakan sejarah hidupnya yang penuh dengan kejayaan. katanya dia telah menulis 10 buah buku tentang kajian tumbuh tumbuhan. tambahnya lagi pada minggu depan, dia akan memberi ceramah tentang kepentingan pokok lidah buaya dan bunga tahi ayam di PWTC. sungguh bangga.

Giliran nelayan itu pula menceritakan tentang hidupnya. katanya dia telah berjaya menghantar 10 orang anaknya bersekolah hingga ke peringkat universiti dan pada malam ini dia bertugas untuk memberi ceramah agama di masjid kampung.

Saintis itu terdiam. Tidak mahu mengalah, dia memberitahu nama santifik pokok2 yang ada di hutan itu satu persatu. si nelayan hanya mendengar. tiba di satu kawasan air sungai menjadi sgt deras..tiba2 hujan turun dgn lajunya...bot itu seakan melambung...si nelayan menjerit.."tuan..bot bocor..kita harus berenang ,kalu tidak kita akan dibawa arus ke kawasan bahaya"..saintis itu gelisah. lalu dia menjawab " saya tidak tahu berenang"!!
si nelayan dgn sinisnya berkata " sian tuan..ilmu hidup begini pn tuan tidak tahu...tuan akan mati dibawa arus air yang laju"...tanpa membuang masa. si nelayan terjun ke dalam sungai dan berenang untuk menyelamatkan diri...."

apakah yang terjadi pada saintis yang telah menulis 10 buah buku itu?


ilmu spot light hidup..tp ilmu bukan sekadar di atas kertas....

( bila terlalu tertekan di suruh belajar menulis..hahaha )



*p/s : jalan cerita telah diubah sbb nelayan nk merahsiakan identitinya. sekian. =)

Tuesday, June 28, 2011


header baru dari cik iefah

tenkiu sgt2. i suke

hehe.

pic kasut ni di tukar coz aku segan nk letak muke

-_-
sometimes..he NEVER stopped loving you..
he just stopped showing it..


*kenyit mata =))

Sunday, June 26, 2011

kadang2 rasa ragu

ragu2 yang terkadang memusnahkan perasaan
ragu2 yang terkadang menyiksa perasaan

aku tahu kau mahu aku
tapi aku ragu2 selama mana
dan aku terkadang ragu2 sedalam mana

aku ragu2 tentang masa depan yg tidak pasti
aku ragu2 tentang impianku yg menggunung tinggi

kita akan bersatu jadi satu
keraguan akan terlerai di situ
kau dan aku
akan bahagia selalu





p/s : xada kene mengena dgn mr right.
kene mention sbb u all n kuat gosip =p

header. tq kawan

















header dari cik ifah..hehe.. tenkiu
~ tp segan nk letak coz muke nmpak garang sgt -_-




malam. aku jatuh lagi.

malam
hari ini aku jatuh lagi
aku menangis lagi

dan malam ini
aku tidak berkongsi seperti selalu
aku gagal lagi
mengawal emosi..

damn....

aku rasa sgt bodo
ye sgt2...

sekian

Saturday, June 25, 2011

saya mintak maaf

sengaja dirimu ingin ku duga..
x terlintas di fikiran mencuriga cinta..

awk, sori ye.
xensem kalu x senyum =p

Saturday, June 18, 2011

perfect holiday =)


salam.. =)
hepi fathers day.

abah saya

muda2 dulu sgt la baik hati
jrg marah
ble kami adik bradik da besar
abah makin garang ( yg d buat2) hehe
akak syg abah
tp malu nk ckp
-_-


hari ni da nak balik
first time balik sorang..
oh no...
ptt la dari pagi td mcm rasa semacam je-_-

jarang up date blog
sbb cuti ni rasa best sgt..keh2

nanti kalu rajin aku update


.my perfect vocation.
1 gambar. byk makna..hehe

smoga aku slamat sampai...amin...

ok bye =)

Friday, June 17, 2011

x sabar

tulis byk2
tp yg kuar 1 video je..
huhu..-_-
xtaw la nape time guna laptop ni byk je
masalah...
maybe aku kene tukarkan nama dia lepas ni...
-_-


hari ni aku bagun pagi n sarapan
n dapat msg dr my mr right ^_^
ok sgt bahagia..keh2..

blog ni lama2 akn bertukar jd diari kah2 =p
kalu x suke, jgn bace dah..
*sweet smile =)

cinta melody last episode

selamat pagi cinta =)

Friday, June 10, 2011

hal dlm fb. ( untuk perempuan )

salam..

this 2 week. mcm2 cite. tp xada masa nk tulis.
erm..actly xada masa rajin nk menulis..huhu ( kebenarannya )
nk wat short entry untuk hari2 yg best dlm minggu ni. (maybe next week )

tgk kat fb. ramai sgt girls2 yg marah bile another girls tulis pasal pkwe de all.
erm.. aku x masuk campur. coz..tu hak masing2.
kalu sakit mata n hati tgk, juz remove fren..simple =)
aceceh..ckp mcm aku je girl tu kn...haha...

xade lah. mmg la xptt u all nk show 1 dunia yg u all da ada pkwe
tp agak2 la kan..org lain ada pkwe jgk..
( aku pn ada pkwe , ckp sambil menjerit ) haha...

nk dipendek kn cite.
1- kalu ada pkwe, jgn heboh 1 dunia coz pakwe u all xada la hot sgt. ( haha )
2- kalu ada pakwe, jgn la upload byk2 pic kat fb tu..nanti kuar kat home org lain. org lain akan myamapah n cakap ' x hot pn pkwe lu..' ( hahaha )
3-kalu ada pakwe, jgn puji2 sgt pakwe u all kat fb coz nanti ada playgirl akn ngorat pkwe korang. padan muke...huhu

4-korang yg sakit hati tgk girl puji2 pakwe dia org. x yah sakit hati dah. ..juz remove. clean n clear..=)


ok nite =)

* slalunya org yg xsk tgk girl puji laki ni, dia xada pakwe..
mungkinkah mereka jeles kerana xada pkwe.... ( menjadi tnda tyn.....................) huhu

Friday, May 27, 2011

rumah- kuantan

alhamdulliah.
sampai rumah. masih belum rasa nk tdo.
8 jam dalam bas. penat + sejuk.
syukur selamat sampai.

exam dah abis. masa untuk menulis pulak.
dah lama x tulis entry. xada org rindu pn xpe.

tp ada jgk yg bace. tq sweet girls n hot guys. =)

special give. dah taw. tp baru dapat.
coz dah lame.uhh..sgt lame x bailk rumah.

tq mak n abah. * love u *

Thursday, May 12, 2011

hepi. syukur nikmat kegagalan

salam. =)

aku : ayu, blh la g cari helmet pink esok
ayu : yeye...best nyer. blh la bwk ayu jalan2
aku : ye la. mmg comey la kite lepas ni
ayu: hehehe..mmg kite akan jd comey

hahahaha.....
hari ni aku hepi. tamat segala penantian.
sekian lama. 1 sem kowt. nk selesaikan misi hidup ni.
target ni aku nk capai thn lepas lg. tp xpe la.
at last termakbul jgk.. alhamdullilah =)

aku da berjaya dpt lesen kete n moto.
keh2..pas ni blh la men drif n merempit secara bertauliah..
yeeeeeeeeeeee...haaaaaaaaaaaaaaaa

*skali lagi dgn sungguh2*
yeeeeeeeeee............haaaaaaaaaaaaaaaa

hepi.nikmat sgt coz aku wat lesen ni repeat sebenarnya.
first time dulu aku gagal.
tp ni la nikmat kegagalan org kata.
bila dah lulus rasa mcm terbang jer.
tq mak abah. ayu along. kwn-kwn. pakwe-pakwe yg bg sokongan

kpd yg penah fail jpj tu jgn give-up2 keh.
gagal u nikmat kepada kejayaan..

ok. tido dengan senyuman.
x sabar nk bli helmet pink,
aku dpt bygkan kecomeylan aku n adik aku t...
hahahah...

warna tulisan pun dah mggambarkan kehepian kan.kan..hik2
ok. bye2...
nite readers =))

Wednesday, May 11, 2011

privacy..

salam.
salam senyuman yg paling manis bagi gadis biasa ini.


ini sambungan yg aku janjikan.
lama jgk yg mengutuk + perli.
oi..ko bile nk sambung ni...??
ada jgk yg x kisah...
"ada aku kisah ko sambung x???"
sambil  angkat tgn ke bahu dan dongakkan sedikit kepala.


actually ramai yg salah faham.
bkn aku nk cite pasal masalah aku.
x ini adalah pandangan umum aku 
penilaian daripada persoalan2 yg akudapat dr kwn2
sesama jantina


ada si gadis yg suka berkongsi privacy mereka dgn si jejaka
ada jgk yg kunci rapi. boifren je juz taw sipi2 je pasal dia


bagi aku privacy boleh dikongsi kalu kite btul2 dah yakin dgn pasangan kita
maknanya dah ada pasang impian nk hidup bersama
kalu stakat hari ni kapel, esok nk ngorat the boi next door
x payah la..
simpan je la segala secret recepi  korang tu...




ok. sampai sini ni.
entry kali ni agak x tersampai ape yg aku nk ckp berminggu2 yg lalu
hahaha..tu la kalu dah tertangguh ini lah jadinya
x sampai kehati...keh2
k nite readers =))

Friday, April 29, 2011

bercerita tentang kejujuran

dalam hubungan. perlu ada kejujuran.
kepercayaan..perkongsian...
tp bagaimana dengan privacy hidup?

bersambung....

Wednesday, April 27, 2011

ucapan hari jadi

aku suka wish besday org.
kdg2 tgk kat fb 
besday sape2 pn
x kira perempuan atau lelaki
aku akn wish.
'hepi besday'.
itu yg teringkas untuk fren yg aku x brapa rapat
kwn2 yg rapat n aku knl
aku akn wish panjang2.
aku harap xada sapa yg salah faham.


bukan nk ngorat mane2 laki pn.
aku juz rasa kalu aku wish
org akn hepi.
itu je yg mampu aku bg pada hari jd dia.
satu senyuman. yg x perlu dibayar.
hanya hubungan antara manusia
aku harap xada sapa yg salah faham.


aku  cukup bahagia
dgn dia.* senyum*

*yg dah follow blog ni tenkiu sgt.
blog yg serba sederhana.
nanti ada ms aku akn roger korang pulak k.
*selamat malam.

tulisan yang jujur.

salam.
lame sudah aku x menulis.
bzy. xterkata.
exam mengejut.
assaimen yg x pernah putus.
penat yg x penah cukup rehat.
masalah laptop yang memujuk dibeli baru.
mcm ragam duniaku.

tapi aku berjalan2 jgk di alam maya.
semalam aku jumpa 1 blog.
tulisannya amatt jujur
aku sempat mencemuh diri sendiri
kdg2 tulisan dalam blog ni
penuh dgn drama
nak menjaga hati org yg membaca
kwn2 dan juga berselindung.
semuanya bagai takut untuk tulus.
setulus tulusnya.

bkn senang nk jujur dlm tulisan
kdg2 pndapat kita org x setuju.

entah. aku rasa dah tiba masanya
aku nk bersikap jujur dlm tulisan
tp tkt juga ada hati yg akan terguris

entah.

Sunday, April 10, 2011

bila kau jawab OK.

msg aku hampir 3 4 page
kau hanya jawab ok.=)

aku yang dari td ok
skarang jd xok

mungkin aku salah.dulu kini dan selamanya.

* ape2 pun aku rasa sgt hebat hari ni mampu
 siapkan asgment yang bertimbun dlm 1 hari..
yeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =))


Friday, April 8, 2011

semangat yang hilang.

penah x rasa diri x berharga
dan x berfungsi untuk org lain
penah x rasa kecewa
dan hilang harapan untuk ketawa


dan hari ini sakit tu datang lagi
dah cube untuk mencari kekuatan
tp jiwa yang lemah
membuat aku sgt mudah putus harapan


terima kasih syg kerana sudi memahami
tp kalau satu hari nanti
aku akan buat kau kecewa
maafkan aku


kadang-kadang ingin juga aku hilang
terus dari pandangan matamu
pernah kita cuba
tp aku x mampu
dan kau juga begitu


terima kasih kerana sudi jd seorang sahabat
seorang kekasih yang selalu ada
untuk waktu susah dan senang.


maaf kerana tidak memikirkan masa depan
aku sekarang terlalu takut tentang masa depan itu



nota hati : aku nak sgt bahagiakan kau.
                  andai aku mampu. =(

Monday, March 21, 2011

ni cite dah agak basi. oke aku taw.

dalam masa 4 hari 
cerita merong mahawangsa da dapat kutipan 2.2 juta.
yg latest skrg aku x tahu.
smlam aku g tgk merong bersama org2 tersyg.
org2 bermakna lbh dari satu org di situ .
aku ni jenis minat tgk cite lawan2
bab2 romantik aku kureng skit
bab2 bunga ni x perlu tgk kat filem
dalam kehidupan pn dah byk....weeee

aku rasa sbgai rakyat malaysia
ptt berbangga jgk coz cite tu 
mmg standard international
aku tgk grafik dia ok je
bahasa dlm cite ni pn bagus
mmg hebat skrip film ni
so..
sape yg stil kutuk2 tu
u all wat la cite sendiri
huhu

tapi ada sedikit kekecewaan di sini
HERO MATI DI SAAT AKHIR..
....kecewa....
kwn aku ckp ' cite hindustan je hero xkn mati..haha'
ada benarnya..
tp aku ttp x puas hati
seharusnya merong tu balik dgn bangganya ke langkasuka
dan membina empayar baru yang gah
dan tunjukkan percintaan yang masyuk antara dia merong dan embok
lagi satu. mcm sikit sgt je pelakon melayu
..ni sorang lagi..pegi wat cite sendiri la..huhu
ae..mmg cite merong ni cite sbenar ae.???
 nampak sgt aku x kaji sejarah...

konklusinya cite ni best. aku bg 4 bintang
( buang 1 bintang sbb hero mati...hahaha )
sape yg x tgk lagi. blh la g sedut dari laptop kwn2
saport la local film....


embok..mmg sopan + ayu sgt DALAM FILEM ni...
aku sk tgk dia..cun =)


ape macam ? ada harapan nk ganti embok ? hehe
ni aku dah buat muke habis ayu.
ni je lakonan aku mampu..kehkeh 
sile kutuk kalu u all lbh ayu dr aku =p


tp aku nk dye ni jd hero aku..
x mau Stephen Rahman Hughes

badan pn da cukup sasa.....
(-_-) oke...
mak aku ckp jgn agungkan sgt org luar
jejaka malaya pn ensem what? ^_^


‘bila 2 jasad bersatu, hidup mati jadi bersama’ 

Thursday, March 17, 2011

x dapat cari bdk kecik yg comel

saat ini. aku sedikit kecewa.
aku da wat 1 set soalan add math 
untuk bdk yg bakal aku kaji untuk assgment aku
biar kasik gegar otak bdk tu jawab..keh..keh..keh

tp td aku ursha2 anak jiran. suma balik kg...
ini telah menurunkan semangat aku untuk menyiapkan keje
nape la bdk2 ni kuat sgt balik kg..x mau bg kerjasama kat aku ker?
weekend ni aku nk g tgk wayang. nk g saport local film.
cite merong pn aku x tgk lg..huhu
aku xada adik kecik. so kene la bersabar n tggu bdk2 ni balik..

tp aku x sabar + kemalasan mula menular di setiap salur darah aku. (-_-)





relax r der..y so serius? 
pegi sbe t lu pakse je la mane2 bdk jwb soklan math lu yg cam best tu. keh2