kawan.sahabat.

awk2.. tenkiu sbb clik =)

awk2..tenkiu sbb clik =)

Thursday, July 14, 2011

kecewa

status : buat orang yg kita sayang kecewa dengan kita memang amat menyedihkan
mood : tertekan sgt
tindakan susulan : mintak maaf
jangka masa pendek : xkan buat lagi
jangka masa panjang : insaf
pengajaran : pikir dulu sebelum bertindak.


nite : saye x tido lagi.

Sunday, July 10, 2011

perhimpunan BERSIH


ape2 pn matlamat
apa2 pun alasan
aku x sokong + rasa x puas hati kat perhimpunan ni

sebabnya :

no 1 : menyusahkan adik aku yg nak balik dari KL

no 2 : membimbangkan mak ayah aku kerana adik aku nak balik dari KL

no 3 : buat aku tkt nak balik kampung coz bus aku masuk laluan KL

no 4 : membimbangkan mak ayah aku coz aku nk balik kampung n lalu KL

no 5 : aku slalu kutuk negara luar yg buat kecoh kat jalanan. hari semalam rasa kecewa coz berlaku kat negara aku

no 6 : menjatuhkan imej negara kat org luar

no 7 : semua tv nak siarkan berita pasal perhimpuan ni. dari tv 1 hingga tv 9 termasuk awani. 24 jam.

 no 8 : aku x suka perhimpunan jalanan. buatla sesi dialog ke. nampak la intelek sikit,keh2

no 9 : aku tkt berlakunya pergolakan kaum. or perbalahan.

no 10 : ada kanak2 yg ditangkap masa perhimpunan. nampak sgt mengekploitasi kanak2.
parents x bertanggungjawab. bahayakan keselamatan kanak2. 
budak2 tu mesti seronok berhimpun ramai2 mcm pergi pesta.


gambar : google

info lanjutan : pandangan



p/s : lepas ni budak SPM boleh la masukkan tarikh 9 julai 2011 dalam karangan Bm.
 1 point untuk tunjukkan u all taw isu2 semasa.

Friday, July 8, 2011

kuantan

alhamdulillah dah sampai kuantan =)

perjalanan dlm bus yg cukup advnture coz ni fes time aku balik sorang.
yes..sorang selama 8-9 jam bukanlah satu perkara yg menyeronokkan.
n bila sampai rumah rasa sgt heaven!!!  yeehaaaaaaaaaaa...

sekarang tgh tuggu kepulangan yg tercomel cik idayu.
borin jgk xada dia kat umah ni. sume org g keje.
x tahu nk gaduh dengan sape. ok sgt borin.
xpe masih ada 2 hari untuk berlibur =)

to my azman. tq coz hantar n tggu sampai i naik bus..hehe
suwiitt la u ni .
* kenyit mata ^_^

Sunday, July 3, 2011

as long as u all with me

tersenyum
dan kadang2 sedikit terluka
tp kita akn tetap bersama
mengharungi semua 
atas nama cinta

as long as u all with me
im hepi


ketawa gaduh dan gembira


1 keluarga 1 jiwa


rindu kamu, penyakat di kala duka


hai the garang..=))
kat sini xada org nk marah jue.
aku bosan tahu?


org petama bwk calon menantu..tahniah
nanti giliran aku..keh2

Friday, July 1, 2011

tahniah. aku simpati kau dapat 4.0

"kamu kene belajar rajin2
buat kerja perfect
make suru dapat pointer 4.o
make sure dapat pointer tinggi
dapatkan result cemerlang
...bla...bla...bla..."

suasana kelas jadi sunyi. semua pelajar sedang menanam semangat nak dapat result yang tinggi. kau tunduk berazam akan menjadi pelajar yang cemerlang x kira apa pn berlaku.
aku turut terdiam...terfikir..penting ke semua tu..

dah beratus kali aku dgr ayat ni dari cikgu/pensyarah
entah kenapa. hati aku x terusik langsung. aku tahu semua pelajar nk dapat keputusan yang cemerlang. jauh di sudut hati bdk yang malas giler belajar pn, mesti still menanam impian nk dapat 4.0...lantak la..angan2 mat jening pn..persetankan org lain..dalam hati. ada taman. siapa tahu -_-.

ini cerita benar. tulus dari hati aku. dah lama aku pendam. biase la. manusia biasa ini. tkt terluah nanti aku dilebel 'kau perempuan bajet'. ah..kau manusia. cepat sgt melebel org.

sejak zaman belajar erti dewasa dan cinta lagi ( zaman persekolahan ) aku mmg tak pernah target tinggi dalam pelajaran. bagi aku cukup la dapat membuat mak abah aku tersenyum. 8a1b pmr.8a2b spm. aku bersyukur. di sekolah. aku tidak pernah sekali pn dapat ape2 anugerah dalam akademik. dan x pernah dapat no 1 dalam kelas. dari darjah 1 lagi ( no 2 je pnh ). bagi aku cemerlang dalam pelajaran bukanlah 1 syarat untuk dapat kebahagiaan.
 kebahagiaan hidup itu lah segalanya bg aku.

knp kau perlu tekan kan sgt nk kene dapat 4.o flat? y? adakah menjamin kebahagiaan. bagaimana dgn masa ketawa yang kau gadaikan. bagaimana dgn tidur lena yang kau biarkan. ah...aku bukan bercakap seperti aku benci ilmu. tidak..x penah.

kau boleh dapatkan 4.o flat. kau boleh hidup dgn buku bio/math/fizik setiap masa tp penah x kau fikir tentang hati org yang penah kau luka? kau stadi tanpa fikirkan perasaan org. kau rendahkan martabat org yg x dapat keputusan bagus mcm kau. kau dapat cemerlang. dan kau kata si polan yang malas itu BODOH. 
adakah kau boleh di panggil sebagai seorang yg cemerlang? 

kau dapat keputusan cemerlang tp kau x penah menghormati sahabat kau. guru2 kau. kata2 kau..semuanya menyakitkan... boleh ke kau dipanggil sebagai seorang yang cemerlang?

kau ketawa gembira kerana dapat A A A A  dan A.. dan aku ketawa simpati. aku x pernah anggap kau cemerlang kerana kau x bahagia. 

kecemerlangan dalam akademik x menjanjikan syurga dunia kawan. kecemerlangan dalam akademik x menjanjikan kau menjadi seorang yang disanjung tinggi kawan. andai kau lupa kau juga manusia seperti mereka yang berlindung di awan yang sama. mana pergi cinta kau pada sahabat? kerana ingin cemerlang kau sanggup biarkan orang lain tenggelam. aku ketawa simpati. betapa tidak bahagianya hidup kau..

ini cerita aku. cikgu Naziehah. seorang guru biasa. mengajar aku yang baru mula mengenal menulis dan mengira. dengan sabar. cikgu itu jgk telah berusaha menjadikan aku seorang manusia yg x kenal erti kalah. katanya bila jatuh, bangun dan tersenyum. dan dia hanya cikgu biasa. tiada dgree saat itu. tapi dia telah berjaya memberi seribu 1 senyuman kegembiraan pada semua org. manusia yang biasa. yang berbakti dan bahagia.

ini cerita aku juga. abahku, Abdul Najib. dia seorang askar biasa. dengan sabar mengajar aku main catur seawal 6/7 tahun. dan aku dapat wakil sekolah ( even kalah..hahaha)..dia jg ajar aku melukis. masih ada tergantung di rumah. gambar aku dan adik. lukisan abah. cantik. tp sori abah. sampai sekarang aku masih tidak pakar melukis. -_-. tp dia seorang lelaki biasa yang berjaya membuat masa kecilku senyum  sentiasa.

kau faham apa yg aku ingin sampaikan? ( eh..komon la..n bkn soalan add math dude ). kau boleh belajar sampai kau berjaya jadi professor pn. tapi jgn lupa tanggungjawab kau terhadap org lain. hiduplah dengan gembira...ilmu mmg penting. tp jgn kau lupa, ilmu bukan hanya  bermaksud markah penuh di atas kertas periksa...

erm..kau pernah dengar  cerita? tentang ahli saintis dan seorang nelayan biasa?
x pernah? ah sian...meh sini aku cerita. 

 ada seorang saintis..pergi membuat kajian di sebuah pedalaman. yang daif. sgt daif. dengan bangga dan lagak dia menghampiri seorang nelayan tua. duit kertas rm1oo dihulur tanpa memberi salam. saintis itu meminta nelayan tersebut membawanya ke dalam hutan dengan bot merentasi sungai yang deras...nelayan itu menolak bayaran tersebut dan tetap menolong saintis itu dgn ikhlas. saintis itu menggelengkan kepala. dalam hatinya berkata "sungguh bodoh nelayan ini. duit pun boleh di tolaknya. sudah la miskin. bodoh pulak tu....hak tuiiiiiiiii....."
semasa perjalanan di dalam bot yang daif itu, mereka berborak. ahli saintis dengan bangganya menceritakan sejarah hidupnya yang penuh dengan kejayaan. katanya dia telah menulis 10 buah buku tentang kajian tumbuh tumbuhan. tambahnya lagi pada minggu depan, dia akan memberi ceramah tentang kepentingan pokok lidah buaya dan bunga tahi ayam di PWTC. sungguh bangga.

Giliran nelayan itu pula menceritakan tentang hidupnya. katanya dia telah berjaya menghantar 10 orang anaknya bersekolah hingga ke peringkat universiti dan pada malam ini dia bertugas untuk memberi ceramah agama di masjid kampung.

Saintis itu terdiam. Tidak mahu mengalah, dia memberitahu nama santifik pokok2 yang ada di hutan itu satu persatu. si nelayan hanya mendengar. tiba di satu kawasan air sungai menjadi sgt deras..tiba2 hujan turun dgn lajunya...bot itu seakan melambung...si nelayan menjerit.."tuan..bot bocor..kita harus berenang ,kalu tidak kita akan dibawa arus ke kawasan bahaya"..saintis itu gelisah. lalu dia menjawab " saya tidak tahu berenang"!!
si nelayan dgn sinisnya berkata " sian tuan..ilmu hidup begini pn tuan tidak tahu...tuan akan mati dibawa arus air yang laju"...tanpa membuang masa. si nelayan terjun ke dalam sungai dan berenang untuk menyelamatkan diri...."

apakah yang terjadi pada saintis yang telah menulis 10 buah buku itu?


ilmu spot light hidup..tp ilmu bukan sekadar di atas kertas....

( bila terlalu tertekan di suruh belajar menulis..hahaha )



*p/s : jalan cerita telah diubah sbb nelayan nk merahsiakan identitinya. sekian. =)

Tuesday, June 28, 2011


header baru dari cik iefah

tenkiu sgt2. i suke

hehe.

pic kasut ni di tukar coz aku segan nk letak muke

-_-
sometimes..he NEVER stopped loving you..
he just stopped showing it..


*kenyit mata =))

Sunday, June 26, 2011

kadang2 rasa ragu

ragu2 yang terkadang memusnahkan perasaan
ragu2 yang terkadang menyiksa perasaan

aku tahu kau mahu aku
tapi aku ragu2 selama mana
dan aku terkadang ragu2 sedalam mana

aku ragu2 tentang masa depan yg tidak pasti
aku ragu2 tentang impianku yg menggunung tinggi

kita akan bersatu jadi satu
keraguan akan terlerai di situ
kau dan aku
akan bahagia selalu





p/s : xada kene mengena dgn mr right.
kene mention sbb u all n kuat gosip =p